Kenali Saya

Kenali Saya

Nama saya Nurul Ain Wan Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ain. Saya berasal dari Sarawak.

Pernah Gagal dalam perniagaan pada 2010. Tahun 2011 merantau ke Cape Town. Zero income dan bosan, Belajar menjahit. Tidak putus asa saya terus bangkit. Pernah diperlekehkan. “What can u do?” Tidak putus asa dengan kata katanya, dalam masa 6 bulan saya berjaya membuka butik pakaian tapi hanya bertahan setahun kerana kekangan tugas harian membesarkan anak anak. Pada tahun 2016 saya kembali ke tanah air dengan tangan kosong. Pernah menjahit di bengkel. Kena tipu gaji tak dibayar sepenuhnya.

Saya nekad bangun dan gadai barang kemas untuk membayar sewa tapak MOOD REPUBLIK. Sejak itu saya terus bangun dan tak dinafikan ada juga waktu waktu saya sesak.

Alhamdulillah… berkat kesabaran, pada January 2019 saya beranikan diri untuk membuka butik pakaian di Tesco Bukit Puchong dengan wang yang ada. 

 

Tahun 2008 – 2014

Butik Tudung di Carrefour, Subang Jaya yang kini sudah menjadi AEON Big, Subang Jaya

Tahun 2010 – 2012

Butik Pakaian Di The Curve, Mutiara Damansara.

GAGAL!! Dijual pada tahun 2012

Tahun 2019

Butik Pakaian Di Tesco Bukit Puchong

Jadi bidan terjun dalam kedai serbaneka pulak